Thursday, October 14, 2010

KEM GEMILANG MOZAC

Pelajar tingkatan lima telah diberi satu suntikan semangat baru buat persediaan mengahadapi SPM 2010. Mereka telah dibawa ke Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara untuk mengikuti satu kem kecemerlangan SPM. Bermula daripada hari Isnin 11 Oktober sehingga Khamis 14 Oktober.
Aku telah berpeluang untuk menyumbang bakti untuk subjek fizik pada Selasa 12 Oktober. Ada 3 sessi iaitu 4.00 - 6.30 pm, 8.00 - 10.30 mlm dan 8.00 - 10.00 pagi (Rabu). Tetapi ada perubahan waktu. Sessi petang bermula pukul 5.00 - 6.30 pm. Aku bersembahyang jemaah di surau dan memberi sedikit tazkirah ringkas bertajuk : Cinta pada ALLAH. Selepas solat Isyak berjemaah, pelajar ikut program mencerap bintang. Satu program yang cukup memberi kesan kepadaku tentang keagungan Allah.
Sessi malam diteruskan pukul 10.30 hingga 12.00 malam. Begitu bersemangat anak-anak muridku.

No comments: